Badminton wadah anak muda untuk bersama PAS

- Advertisement -

KUALA KANGSAR: Hari Keluarga PAS Pusat 2024 menjadi medan anak-anak dalam Parlimen ini mempertaut dan mengeratkan ukhuwah sesama mereka dengan mengadakan Perlawanan Badminton Persahabatan.

- Advertisement -

Riadah kesukanan ini disertai 32 orang anak muda yang meluangkan masa cuti hujung minggu dengan aktiviti sihat seperti ini di mana telah diadakan di Dewan Tsung Wah, Pekan Kuala Kangsar, di sini hari ini.

Turut sama menyertai perlawanan ini adalah Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Mohamad Omar Adam yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Kangsar.

Beliau menyifatkan aktiviti ini berjaya mendapat sambut baik dari anak muda tempatan dan berhasrat melaksanakan lagi secara bulanan di manyakin program sebegini mampu mendekatkan anak muda kepada PAS.

Perlawanan ini menjadi sebahagian acara sempena Hari Keluarga tersebut yang julung kali diadakan di negeri ini dengan tertumpu di 30 Unit Daerah Mengundi (UDM) dalam Parlimen Bukit Gantang dan enam UDM dalam Parlimen Kuala Kangsar.

Perasmian Hari Keluarga PAS anjuran Lajnah Pembangunan Insan dan Kerukunan Keluarga PAS Pusat ini telah disempurnakan Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man di Kompleks PAS Bukit Gantang, semalam. – HARAKAHDAILY 28/7/2024

- Advertisement -