PAS-Bersatu bergerak seiring pertahan Nenggiri

Dato' Shaari Mat Hussain
- Advertisement -

GUA MUSANG: PAS dan Bersatu bergerak seiring dalam satu pasukan bagi melaksanakan kempen pada Pilihan Raya Kecik (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

- Advertisement -

Ketua Penaja Bersatu Gua Musang, Dato’ Shaari Mat Hussain berkata persiapan kedua-dua belah pihak kini disusun rapi bagi memastikan Perikatan Nasional (PN) terus mengekalkan kemenangan di Nenggiri.

Menurut beliau juga Bersatu Gua Musang menyusun semula kepimpinan baru selepas mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim tergugur sebagai ahli Bersatu.

“Penaja Bersatu Gua Musang dalam proses pendaftaran semula memandangkan kepimpinan dahulu tidak mengadakan mesyuarat, kini kita sudah susun semula kepimpinan baharu.

“Jadi kerjasama antara PAS dan Bersatu terjalin dalam ikatan teguh tidak ada wasangka. Kita bekerja seiring dalam satu pasukan,” katanya ketika ditemui pada Taklimat Petugas Pilihan Raya PAS di sini hari ini.

Kelihatan hadir Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud; Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob Dan kepimpinan PAS kawasan.

Shaari yang juga ADUN Paloh berkata Bersatu dalam DUN Nenggiri mempunyai 12 Unit Daerah Mengundi (UDM) yang aktif melaksanakan kempen PRK bersama jentera PAS.

Speaker DUN Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong, selepas Mohd Azizi Abu Naim tergugur keahlian Bersatu pada 13 Jun lalu. – HARAKAHDAILY 27/7/2024

- Advertisement -