Presiden Umno bantah larangan Ku Li

Ahmad Fadhli Shaari
- Advertisement -

GUA MUSANG: Nampaknya hasrat Pengarah Pilihan Raya Umno PRK Nenggiri, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) tidak mahu pemimpin DAP berkempen awal-awal lagi dibangkang oleh Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

- Advertisement -

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Presiden Umno awal-awal sudah membantah apa yang dihasratkan Ku Li yang tidak mahu pemimpin DAP datang membantu kempen di Nenggiri.

Katanya, situasi itu berlaku ketika belum lagi berlaku penamaaan calon di mana Presiden Umno membantah kenyataan Pengarah Pilihan Raya Umno DUN Nenggiri.

“Kita percaya sekiranya Umno menang pada PRK Nenggiri 17 Ogos ini kita jangka Ku Li akan jadi seumpama kain buruk.

“Ini kerana kenyataan Ku Li dibantah dengan mudah oleh Presiden Umno dalam masa yang singkat,” katanya pada ceramah Pelancaran Jentera Pemuda PRK Nenggiri di perkarangan Pusat Khidmat DUN Nenggiri malam ini.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan Ku Li tidak mahu pemimpin DAP datang berkempen di PRN Nenggiri kerana kawasan itu 100 peratus orang Melayu.

Bagaimanapun Ahmad Zahid menganggap larangan pemimpin PH datang berkempen di Nenggiri sebagai surat layang dan dipercayai palsu.

Sementara itu, Ketua Angkatan Bersatu Nasional Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, beliau malu dengan tindakan bekas ADUN Nenggiri yang menyokong Perdana Menteri selepas diberi mandat oleh rakyat.

“Ambo minta maaf kepada rakyat Nenggiri kerana perangai tidak jujur bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim,” katanya pada ceramah tersebut. – HARAKAHDAILY 26/7/2024

- Advertisement -