‘Exam kit’ Kelab Patriot Chapter bantu pelajar UUM

- Advertisement -

JITRA: Sebanyak 200 set alat tulis (exam kit) disumbangkan kepada mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menduduki peperiksaan akhir semester A232 bermula 21 Julai hingga 10 Ogos depan.

- Advertisement -

Sumbangan itu merupakan inisiatif PERMANIS iaitu Kelab Patriot Chapter Negeri Sembilan dan PERWISA (Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya) melalui kerja amal yang melibatkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Pngarah Program, Nur Syazwin Mohd Ramali berkata, pemberian itu adalah sebagai tanda keprihatinan dan cakna daripada pihak kelab anak negeri, khususnya di bawah kluster kebajikan universiti berkenaan.

“Bantuan ini bertujuan untuk memupuk semangat komuniti dan kebersamaan dalam kalangan pelajar UUM, serta membantu mahasiswa mencapai kejayaan akademik.

“(Iaitu) dengan memberikan sokongan holistik melalui gabungan pemakanan sihat dan persediaan peperiksaan yang cekap,” jelasnya pada hantaran kenyataan kepada Harakahdaily, di sini.

Program ‘Exam Booster: Strive For Success’ dilancarkan ini juga  menyediakan sarapan percuma kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung.

Program anjuran PERMANIS dan PERWISA itu turut mendapat penajaan beberapa syarikat seperti Yayasan MR DIY, International Business Entrepreneurs Association (IBEA) Kedah, Mudim Zakaria Food Industries Sdn Bhd dan lain-lain.

“Sokongan daripada pihak penaja sangatlah hargai dan diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

“Kami juga berharap lebih banyak pihak akan tampil untuk menyokong usaha-usaha sebegini demi kebaikan dan kebajikan pelajar,” tambah beliau. – HARAKAHDAILY 26/7/2024

- Advertisement -