Wan Badariah semakin pulih, berehat di rumah

- Advertisement -

PADANG BESAR: “Alhamdulillah, saya makin sihat,” demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer, Wan Badariah Wan Saad, kepada Harakahdaily selepas ditanya khabar beliau, di sini hari ini.

- Advertisement -

Keadaan kesihatan Wan Badariah semakin baik selepas dibenarkan pulang pada 28 Jun lepas dan kini berehat di rumah abangnya di Kampung Banggol Sena, Padang Siding.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Pemerkasaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri itu dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah pada 14 Mei lalu akibat komplikasi sakit tiroid.

Wan Badariah, 48, yang masih menerima rawatan susulan menyatakan rasa syukur atas peningkatan kesihatannya dan berterima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesembuhannya.

Semalam, Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Tuan Guru Ahmad Ali bersama isteri menziarahi beliau di kediaman abangnya di sini.

Pada masa ini, tugas beliau dipangku oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri, Megat Hashirat Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan Negeri, Wan Zikri Afhtar Ishak.
HARAKAHDAILY 23/07/2024

- Advertisement -