Sahabat Huffaz Pahang sokong dasar sifar premis judi

Sahabat Huffaz Pahang menyatakan sokongan padu mereka terhadap inisiatif kerajaan negeri Kedah untuk mencapai sifar premis judi.
- Advertisement -

KUANTAN: Sahabat Huffaz Pahang menyokong penuh inisiatif kerajaan negeri Kedah untuk mencapai sifar premis judi.

“Langkah itu merupakan satu usaha yang amat murni dalam memelihara keharmonian sosial, kesucian akhlak, dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan. 

- Advertisement -

Menurutnya, kewujudan premis judi tidak hanya membawa kesan negatif kepada individu yang terlibat, malah turut mempengaruhi keluarga, masyarakat, dan ekonomi secara keseluruhannya. 

“Aktiviti perjudian sering kali dikaitkan dengan masalah sosial seperti ketagihan, hutang yang melampau, dan keruntuhan institusi keluarga.

“Usaha memerangi perjudian adalah selaras dengan prinsip-prinsip syariah yang mengharamkan segala bentuk perjudian.

“Islam mengajar kita untuk mencari rezeki melalui usaha yang halal dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang boleh membawa mudarat,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, Sahabat Huffaz berharap usaha murni itu akan menjadi inspirasi kepada negeri-negeri lain di Malaysia untuk turut mengambil langkah serupa. 

“Kami juga menyeru kepada semua lapisan masyarakat untuk memberi sokongan dan kerjasama kepada kerajaan negeri Kedah dalam merealisasikan matlamat ini.

“Semoga dengan usaha bersama ini, kita dapat membina sebuah masyarakat yang lebih sejahtera, berakhlak mulia, dan diberkati Allah SWT,” katanya. – HARAKAHDAILY 23/7/2024

- Advertisement -