Nenggiri lokasi pertama pusat pentadbiran Gua Musang

- Advertisement -

GUA MUSANG: Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang menjadi tumpuan ramai sekarang merupakan lokasi pertama pusat pentadbiran bagi jajahan Gua Musang.

- Advertisement -

Bertam Baru yang terletak di DUN Nenggiri sebagai lokasi pusat pentadbiran daerah pertama sebelum berpindah ke bandar Gua Musang.

Azman Ahmad

Yang Dipertua PAS Gua Musang, Azman Ahmad berkata, Kampung Bertam Baru menjadi pusat pentadbiran bagi jajahan Gua Musang yang pertama.

Katanya Sekolah Kebangsaan Bertam Baru merupakan sekolah pertama yang dibina kerajaan di jajahan Gua Musang pada tahun 1946.

“Ramai tidak tahu sejarah tersebut. Bertam Baru menjadi tumpuan penduduk di peringkat awal kerana sebagai pusat pentadbiran jajahan Gua Musang.

“Di Bertam Baru juga terdapat tempat-tempat peninggalan penjajah Inggeris dan Jepun termasuk kubu-kubu perang,” katanya ketika ditemui di sini semalam. 

Beliau yang juga Ahli Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) berkata, Bertam Baru sekarang dimasuk di bawah pengurusan MDGM bagi menyusun atur pembangunan dengan lebih teratur.

Menurutnya di Bertam Baru MDGM menempatkan kemudahan tong sampah bagi memudahkan penduduk melupuskan sampah.

Selain itu MDGM membina lima unit rumah kedai yang disewa penduduk tempatan bagi menjalankan perniagaan.

“MDGM turut menaik taraf bangunan Pasar Bertam Baru dan membina taman permainan kanak-kanak berhampiran pasar serta sebuah dewan orang ramai,” ujarnya. 

Azman juga berkata, selain Bertam Baru, Kampung Jerek juga sudah jauh berubah wajah sekarang. (Foto bawah)

Kata beliau di Jerek terdapat dua sekolah iaitu sekolah menengah, sekolah rendah. Selain itu ada Pasti, Tadika Kemas dan pusat tahfiz persendirian.

Katanya pembangunan Jerek lebih teratur kerana mempunyai kawasan tanah pamah yang luas berbanding Bertam Baru yang agak berbukit. 

“Pusat tahfiz di Jerek lebih dikenali sebagai tahfiz rakyat. Dahulu tidak beroperasi seketika, namun sekarang diaktifkan semula oleh seorang guru yang bersara dengan bantuan penduduk tempatan.

“Alhamdulillah sekarang pelajar semakin ramai. Begitu Pasti semakin di Jerek pesat berkembang sehingga memiliki bangunan dua tingkat.

“Pasti dibina berhampiran Tadika Kemas mempunyai pelajar hampir 80 orang. Pasti di Jerek paling aktif di Gua Musang,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 22/7/2024

- Advertisement -