KUPEKMAS gesa kerajaan naikkan pencen pesara

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Pertubuhan Pesara Kerajaan Malaysia (KUPEKMAS) menggesa kerajaan untuk menimbang semula nasib golongan pesara dalam pelarasan gaji penjawat awam yang akan datang.

- Advertisement -

Presiden KUPEKMAS, Datuk Omar Osman berkata, kebanyakan pesara kini terkesan oleh kenaikan kos sara hidup dan pemansuhan kenaikan pencen tahunan sebanyak dua peratus.

Beliau berkata, tanpa kenaikan dua peratus tersebut, pesara kini tidak lagi menerima peningkatan pencen yang diperlukan.

“Kami mengharapkan kerajaan hari ini supaya ambik perhatian terhadap pesara, sebab apabila berlaku pembatalan dua peratus itu, kita sudah tidak ada lagi kenaikan tahunan macam biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis di Sambutan Hari KUPEKMAS Peringkat Kebangsaan 2024 di Dewan Kenanga, Terengganu Equestrian Resort (TER), di sini, hari ini. (Foto atas)

Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Pengerusi Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Hishamuddin Abdul Karim dan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Alias Razak.

Pada majlis tersebut, Co-Opbank Pertama telah menyumbangkan bantuan pengurusan sebanyak RM5,000 kepada KUPEKMAS.

Menurutnya, KUPEKMAS kini sedang menyiapkan satu kertas kerja yang akan memohon kenaikan pencen pesara secara munasabah untuk diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Omar turut memaklumkan bahawa bengkel akan diadakan pada bulan Ogos untuk memperincikan permohonan kenaikan pencen tersebut sebelum dibentangkan kepada KSN.

Usaha untuk memastikan pandangan pesara diambil kira, beliau meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengadakan sesi taklimat bagi mendapatkan maklum balas daripada pesara mengenai mekanisme kenaikan pencen berkenaan.

“Kami harap JPA dapat mengadakan taklimat,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/7/2024

- Advertisement -