Timbalan menteri tersenyum pegang replika cek logo arak memalukan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tindakan Timbalan Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu yang berdiri di atas pentas sambil tersenyum memegang replika cek yang terpampang logo arak jenama terkenal sungguh mendukacitakan dan memalukan.

- Advertisement -

Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, usaha pihak sekolah menganjurkan program amal bagi mengumpulkan dana untuk memperbaiki prasarana sekolah seperti membina dewan merupakan suatu ikhtiar yang patut dipuji. 

“Namun, janganlah terlalu terdesak sehingga mencemarkan program-program tersebut dengan anasir-anasir yang bakal merosakkan masa hadapan anak-anak kita.

“Baru-baru ini, SJK (C) Tche Min di Sungai Pelek, Selangor telah menganjurkan konsert amal untuk mengumpulkan dana bagi membina dewan serbaguna yang baharu di sekolah tersebut.

“Benar, ada yang berhati mulia sehingga sanggup menyumbangkan sekurang-kurangnya separuh gaji mereka untuk menyokong usaha pembinaan dewan tersebut,” katanya dalam kenyataan menerusi laman sosialnya.

Malangnya, menurut beliau, usaha murni ini dicemari dengan penajaan syarikat gergasi arak yang secara terang-terangan sedang menormalisasi arak di sekolah. 

Beliau mempersoalkan mengapa pihak sekolah tidak sensitif terhadap perkara itu, bahkan kelihatan juga pemimpin-pemimpin kerajaan hadir memberikan sokongan.

Bahkan, tambahnya lebih mengejutkan lagi kehadiran pemimpin Parti Amanah Negara dalam program tersebut.

“Adakah ini Islam ‘rahmatan lil alamin’ yang mahu diperjuangkan Parti Amanah Negara?

“Terang lagi bersuluh. Jika beginilah sikap pemimpin Parti Amanah Negara, kesucian Islam akan semakin terancam dengan sikap liberalisasi bertopengkan Islam. 

“Apakah tugas anda dalam komponen Pakatan Harapan,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/7/2024

- Advertisement -