Pelajar Selatan Thailand diberi peluang belajar di KIAS

- Advertisement -

KOTA BHARU: Majlis Agama Islam Narathiwat dilantik bagi membuat promosi untuk pengambilan pelajar yang kelayakan melanjut pelajaran ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

- Advertisement -

Rektor KIAS Prof Emeritus Dr Ab Aziz Mohd Zin berkata, Majlis Agama Islam Narathiwat sebagai wakil KIAS bagi membolehkan pelajar Islam dari Selatan Thailand melanjut pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Katanya, pelajar yang layak dari sekolah agama swasta di Narathiwat akan berpeluang melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi di KIAS.

“Di samping itu kita memberi peluang pembiayaan fleksibel bagi kemudahan pelajar-pelajar antarabangsa yang layak,” katanya pada kenyataan di Facebook KIAS semalam.

Sebelum itu KIAS menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Majlis Agama Islam Narathiwat.

Pada kunjungan ke Narathiwat tersebut KIAS turut menyampaikan taklimat mengenai program pengajian yang ditawarkan kepada 25 wakil pentadbiran sekolah-sekolah swasta di tiga wilayah Selatan Thailand.

Dr Ab Aziz juga berkata, MoU itu berkuatkuasa dalam tempoh lima tahun.

Kata beliau juga Majlis Agama Islam Narathiwat pernah menyatakan hasrat mengadakan kerjasama bagi mengukuhkan pengajian bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

Selain itu mengadakan kursus jangka pendek Pendidikan Awal Kanak-kanak. – HARAKAHDAILY 17/7/2024

- Advertisement -