Kelantan-Terengganu jalin kerjasama portfolio kebajikan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan dan Terengganu menjalin kerjasama berkaitan portfolio kebajikan, wanita dan keluarga.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, Rohani Ibrahim berkata, perbincangan dua hala berkaitan portfolio terbabit diharap dapat mengukuhkan kerjasama antara dua negeri.

Katanya, kerjasama itu dalam usaha merangka strategi yang lebih efektif berkaitan jawatankuasa terbabit.

“Melalui perbincangan insya-Allah akan dapat meningkatkan kesejahteraan wanita dan memperkemaskan lagi kaedah bantuan bencana kepada rakyat,” katanya ketika dihubungi di sini.

Baru-baru ini, Rohani mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengerusi Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Maliaman Kassim di Wisma Darul Iman. (Foto atas)

Sempena kunjungan itu turut diadakan pembentangan buku Induksi Dasar Wanita oleh Dato’ Dr Nurhafilah Musa.

Rohani berkata, pertemuan itu dapat menambah lagi pengalaman dalam usaha memperkasa program berkaitan kebajikan dan wanita di Kelantan dan Terengganu. – HARAKAHDAILY 17/7/2024

- Advertisement -