Inflasi kos perubatan di Malaysia meningkat

Dato' Dr Alias Razak
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Inflasi kos perubatan di Malaysia mencatatkan peningkatan sekitar 12.6 peratus berbanding purata 5.6 peratus inflasi global pada tahun lalu.

- Advertisement -

“Apakah strategi kerajaan untuk membendung inflasi kos perubatan yang mencatatkan peningkatan ketara sekitar 12.6 peratus berbanding purata 5.6 peratus inflasi global pada tahun lalu.

“Sejauh mana kajian impak dijalankan terhadap pelaksanaan perkongsian kos atau pembayaran bersama untuk produk insurans dan takaful perubatan serta kesihatan, Malaysia Health Insurance Transformation (MHIT) ke atas syarikat insurans dan pengendali takaful mulai 1 September 2024,” ujar Dato’ Dr Alias Razak (PN-Kuala Nerus).

Beliau bertanya demikian semasa mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Selain itu, beliau turut meminta penjelasan mengenai rancangan kerajaan untuk memperluaskan inisiatif seperti skim perlindungan takaful B40 MySalam yang bertujuan memberi perlindungan takaful mampu milik kepada lebih ramai keluarga terutama dalam menghadapi ancaman seperti antimicrobial resistance (AMR).

Menjawab persoalan tersebut, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata, pihaknya  meminta Bank Negara untuk memberikan penjelasan lebih lanjut mengenai pelaksanaan perkongsian kos dan pembayaran bersama bagi insurans dan takaful perubatan.

Beliau juga mengakui bahawa kadar perubatan di Malaysia adalah tinggi dan langkah-langkah perlu diambil untuk mengawal inflasi kos perubatan demi kepentingan rakyat. – HARAKAHDAILY 17/7/2024

- Advertisement -