Gangguan kualiti air bersifat sementara

- Advertisement -

KOTA BHARU: Gangguan kualiti air yang berlaku di Kampung Wakaf Bunut, Pasir Puteh hanya bersifat sementara dan bukannya sedekad seperti didakwa penduduk.

- Advertisement -

Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) berkata, pengguna di Kampung Wakaf Bunut dan sekitarnya mendapat sumber bekalan air dari Loji Rawatan Air (LRA) Merbau Chondong, Machang.

Katanya air dari loji tersebut diagih ke tangki di Bukit Jawa sebelum disalurkan kepada 452 akaun pengguna di kampung tersebut.

“Gangguan kualiti air dikesan berpunca daripada sistem proses LRA Merbau Chondong yang merawat air mentah mengandungi parameter ferum dan manganese yang tinggi.

“Ia menjejaskan keupayaan bekalan dan kualiti air semasa. Bagi tindakan penyelesaian segera, AKSB Pasir Puteh aktiviti flushing di kampung terlibat dan sekitar Selising dan dijangka bekalan kualiti air pulih segera,” katanya pada kenyataan di sini.

Menurutnya AKSB bagi tindakan jangka panjang, kerja-kerja membaik pulih sistem proses di LRA Merbau Chondong dan dijangka mengambil masa dua tahun melibatkan kos sebanyak RM10 juta.

AKSB akan memaklumkan perkembangan lanjut dari semasa ke semasa menerusi laman sesawang www.airkelantan.my, aplikasi MyAKSB, Facebook, Instagram atau boleh hubungi PINTAS di talian 15777. – HARAKAHDAILY 17/7/2024

- Advertisement -