Kod etika AI sepatutnya dilancar April lalu

Datuk Ahmad Amzad Hashim
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ekosistem syarikat pemula Kuala Lumpur menjana pendapatan lebih RM220 bilion dalam tempoh tiga tahun dari 1 Julai 2021 hingga 31 Disember 2023 lalu.

- Advertisement -

Datuk Ahmad Amzad Hashim (PN-Kuala Terengganu) berkata, ekosistem syarikat pemula di bandar itu turut ditempatkan dalam kedudukan 30 terbaik bagi ekosistem membangun, menurut Laporan Ekosistem Startup Global (GSER) 2024.

“Adakah kerajaan melihat potensi yang besar untuk badan-badan lain selain daripada Kuala Lumpur yang boleh dibangunkan menjadi hub kepada pengasas syarikat pemula ini?

“Selain itu, apakah bentuk jalinan kerjasama antara kerajaan negeri serta agensi yang berkaitan bagi memupuk lebih banyak syarikat pemula di seluruh negara?

“Sementara itu, apakah status berkaitan dengan garis panduan governan dan kod etika bagi teknologi kecerdasan buatan (AI) yang sudah memasuki fasa akhir pembangunan yang sepatutnya dilancarkan pada April lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang, berkata kementeriannya akan memberi tumpuan kepada negeri-negeri lain agar lebih banyak syarikat pemula mendapat bantuan daripada kerajaan. – HARAKAHDAILY 16/7/2024

- Advertisement -