Perluas rebat elektrik kepada peserta sistem eKasih

Ir Ts Khairil Nizam Khirudin
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memperluaskan lagi pemberian rebat bil elektrik untuk memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah.

- Advertisement -

Ir Ts Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) berkata, pemberian rebat kini hanya diberikan kepada kategori miskin tegar yang berpendapat purata nasional sebanyak RM1,189 dan ke bawah.

“Adakah kementerian bercadang untuk panjangkan pemberian rebat ini kepada mereka yang berada di tahap miskin di dalam program sistem eKasih?

“Sementara itu, apakah kementerian bercadang untuk memberikan subsidi tenaga boleh baharu (TBB) dan membantu merangsang pembekalan tenaga hijau elektrik di seluruh negara?

“Perkara ini bagi mengurangkan kos penghasilan elektrik melalui bahan bakar seperti arang batu dan juga gas?” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata kerajaan akan memberi subsidi RM1.321 bilion dan akan membantu rakyat melalui dua kaedah iaitu pemberian rebat kepada miskin tegar dan mengikut kepenggunaan yang rendah. – HARAKAHDAILY 15/7/2024

- Advertisement -