‘Pensel warna dikongsi dengan dua atau tiga anak’

Dato' Sri Saifuddin Abdullah
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pemilik rangkaian kedai buku dan alat tulis di seluruh Pahang dan beberapa buah negeri memaklumkan kesan daripada peningkatan kos sara hidup telah menyebabkan ibu bapa tidak begitu mampu untuk membeli buku.

- Advertisement -

Dato’ Sri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) berkata, selain daripada buku, ia turut melibatkan barangan lain yang juga berkaitan dengan peralatan persekolahan.

“Kalau (mereka) membeli pensel pun sekadar sahaja, pensel warna ia dikongsi dengan dua atau tiga orang anak. Ini antara kisah sedih penderitaan rakyat sekarang.

“Jadi apakah langkah KPM (Menteri Pendidikan) untuk membantu untuk membantu golongan kurang mampu,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Saifuddin dalam soalan asal meminta Menteri Pendidikan menyatakan pendekatan holistik Kementerian berhubung Laporan UNICEF bertajuk ‘Rantau Sepanjang Jalan’ yang mendapati peningkatan kos pendidikan secara ketara di mana sekitar 78 peratus isi rumah berpandangan kos pengangkutan, kegiatan kokurikulum, makanan di kantin telah meningkat di samping kegusaran kalangan ibu bapa tentang menspek masa depan anak-anak.

Wong berkata, KPM mengambil berat dan memandang serius berkenaan beban kehidupan khasnya keluarga di peringkat B40. – HARAKAHDAILY 15/7/2024

- Advertisement -