AI, data raya diharap bantu pantau sempadan negara

Rushdan Rusmi
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dengan kecanggihan kecerdasan buatan (AI) dan data raya diharapkan dapat membantu Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam pemantauan di sempadan.

- Advertisement -

Rushdan Rusmi (PN-Padang Besar) berkata, kerajaan perlu menyatakan sejauh mana hasil kajian kebolehlaksanaan sistem kawalan data sempadan (MCBA) setakat ini.

“Dan adakah kementerian bersedia untuk mendigitalkan semua transaksi dan mewujudkan pusat data secara bersepadu untuk semua agensi di bawah kementerian.

“Dan terakhir, terima kasih atas inisiatif untuk di Padang Besar yang dinyatakan tadi,” ujar beliau ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata bahawa, kementerian telah pun melantik pihak universiti tempatan untuk buat kajian.

Sebelum itu, beliau menjawab soalan Dato’ Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian bagi meningkatkan penggunaan teknologi terutamanya melibatkan kecerdasan buatan (AI) dalam memperkukuhkan kawalan sempadan negara bagi mengurangkan risiko berlakunya ancaman jenayah kepada negara. – HARAKAHDAILY 15/7/2024

- Advertisement -