Majoriti besar PN isyarat jelas Madanon ditolak

- Advertisement -

NIBONG TEBAL: Perikatan Nasional (PN) berjaya mengekalkan 11 kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.20 DUN Sungai Bakap semalam.

- Advertisement -

ADUN Penaga, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah berkata, kemenangan itu mencerminkan penolakan rakyat terhadap politik kotor Kerajaan Madanon pada hari ini.

Beliau juga menyifatkan kemenangan Abidin Ismail atau Abang Abidin tersebut adalah bukti jelas bahawa rakyat menolak politik kotor yang dimainkan oleh pihak kerajaan.

“Alhamdulillah kita berjaya mengekalkan kerusi dalam DUN Pulau Pinang walaupun diasak dengan pelbagai desakan. Walaupun mereka menggunakan seluruh kekuatan jentera termasuk jentera kerajaan.

“Majoriti yang besar menunjukkan mesej jelas penolakan rakyat kepada Kerajaan Madanon,” katanya kepada _Harakahdaily_ di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Jawi, di sini malam tadi.

Dalam kenyataannya, Ustaz Mohd Yusni juga menyentuh mengenai bekalan isu air akan terus diperjuangkan oleh ADUN Sungai Bakap yang baharu, Abang Abidin.

“Kita harap kerajaan Pulau Pinang dapat menyelesaikan masalah air di Seberang Perai Selatan khususnya di DUN Sungai Bakap,” tambahnya lagi.

Terdahulu, PN berjaya mempertahankan kerusi tersebut dengan peningkatan majoriti sebanyak 4,267 undi berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas yang hanya mencatatkan majoriti 1,563 undi. – HARAKAHDAILY 7/7/2024

- Advertisement -