Pengundi luah tertekan kos sara hidup

- Advertisement -

KOTA BHARU: Assabiqun Kelantan turut turun padang membantu kempen calon PERIKATAN NASIONAL (PN), Abidin Ismail di DUN Sungai Bakap.

- Advertisement -

Mereka berganding dengan Dewan Muslimat, PAS kawasan-kawasan dan Dewan Ulamak bergilir-gilir bertugas di Sungai Bakap sehingga hari pengundian Sabtu ini.

Ahli Jawatankuasa Assabiqun Kota Bharu, Mhd Nordin Ibrahim, 72, berkata, faktor usia tidak menghalang beliau turut membantu kempen calon PN di Sungai Bakap. (Foto atas)

Katanya, beliau datang dua kali ke Sungai Bakap untuk membantu kempen calon PN selepas penamaan calon baru-baru ini.

“Sepanjang bertugas di sana penduduk tempatan menyambut baik kehadiran petugas PN ketika berkunjung ke rumah mereka.

“Mereka juga meluahkan rasa tertekan dengan kenaikan harga barangan sekarang,” katanya di sini.

Kata beliau, berdasarkan perkembangan itu peluang PN untuk mempertahankan kerusi DUN Sungai Bakap agak cerah, lebih-lebih Abang Abidin agak rapat dengan penduduk tempatan.

Menurutnya juga keadaan agak berbeza dengan calon PH, Dr Joohari Ariffin tidak dikenali penduduk biar pun tinggal di Nibong Tebal. – HARAKAHDAILY 4/7/2024

- Advertisement -