Evolusi pentadbiran Islam di Kelantan diwacana tokoh antarabangsa

Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri akan membincangkan secara mendalam mengenai evolusi pentadbiran Islam di Kelantan sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1990.

- Advertisement -

Timbalan Menteri Besar Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, kejayaan yang dicapai sepanjang pemerintahan di bawah naungan Membangun Bersama Islam (MBI) akan diperkemaskan dengan pemetaan hala tuju.

Katanya, strategi masa hadapan itu akan dibentangkan pada persidangan Antarabangsa Kelantan MBI 2024 (KelMIC ’24) pada 8 hingga 10 Julai ini di Hotel Grand Riverview.

“Inisiatif KelMIC’24 sebagai pendekatan semasa dan masa hadapan ke arah mengukuhkan lagi dasar dan amalan pentadbiran Islam.

“Penganjuran KelMIC’24 akan melebarkan melalui jaringan antarabangsa bagi mengukuhkan pentadbiran kerajaan negeri secara lebih inklusif,” katanya di sini.

Menurutnya juga seminar itu diharap menjadi platform menyatukan pemikir, ahli akademik dan masyarakat dalam satu wadah perbincangan yang konstruktif.

KelMIC’24 bakal menampilkan 12 pembentang kertas kerja menggunakan bahasa pengantaraan Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab. Dijangka 800 peserta akan menghadiri persidangan tersebut.

Antara sarjana yang akan mengupas tajuk Kelantan in Economic Development ialah Prof Dr Salim Timothy P. Daniels dari Universiti Hofstra, Hempstead, New York.

Acheh and Kelantan in the context of Serambi Mekah akan dibentang Prof Madya Dr Abdullah Sani Usman dari Ar-Raniry State Islamic University Darussalam, Banda Aceh, Indonesia.

Manakala Mufti Brunei Darussalam Dato’ Paduka Seri Setia Ustaz Awang Abdul Aziz Juned dijangka membentang melalui judul Islamic Governance – A Challenge for All (Pre-Recorded).

KelMIC’24 akan dirasmi Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud pada 10 Julai. – HARAKAHDAILY 4/7/2024

- Advertisement -