Juruaudit sektor awam wajar diberi elaun khas

Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) menggesa kerajaan mempertimbangkan untuk memberikan elaun khas kepada semua juruaudit dalam sektor awam.

- Advertisement -

Menurut, ini berikutan dapat dilihat beberapa agensi lain yang memperuntukkan elaun khas kepada kakitangan seperti SPRM, polis, kastam, doktor dan jurutera.

“Sampai masa saya fikir bayaran elaun khas juruaudit kepada semua juruaudit di sektor awam dapat dipertimbangkan oleh pihak kerajaan. Saya rasa ramai pihak yang menyokong supaya dia ada penghargaan diberi kepada jawatan audit.

“Saban tahun kita lihat laporan Ketua Audit Negara dibentangkan (dalam) dewan (yang) mulia ini dengan memperincikan jumlah ketirisan, pemborosan, pembaziran oleh Kementerian, jabatan bagi meneruskan amanah rakyat,” ujar beliau semasa membahaskan Rang Undang-undang Audit Pindaan 2024 di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Dalam pada itu, kerajaan dicadangkan mempertimbangkan fungsi dan menaik taraf Jabatan Audit Negara kepada sebuah Suruhanjaya Audit Negara supaya fungsi dan peranannya lebih besar dan kuasa lebih luas.

Menurut beliau, ini berikutan institusi Jabatn Audit Negara ini telah pun berusia 118 tahun dan menjangkau lebih daripada satu abad dan menghampiri 14 dekad.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PAS berkata, pelantikan Ketua Audit Negara bertanggungjawab termaktub dalam Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan yakni Akta Audit 1957.

Selain itu, ujarnya, kerajaan perlu menjelaskan sama ada terdapat percanggahan ‘pindaan Seksyen 5 (1d) iaitu mengenai perluasan kuasa juruaudit untuk mengaudit terhadap akaun zakat dan di bawah Majlis Agama Islam’ dengan ‘pindaan enakmen Majlis Agama Islam Negeri-negeri yang mana juruaudit ditentukan sendiri olehnya bagi mengaudit akaun Majlis Agama Islam itu sendiri’.

“Dan saya ingin dapat penjelasan dari negeri-negeri yang telah membuat pindaan tersebut dan sejauh mana bidang kuasa Jabatan Audit untuk mengaudit akaun-akaun majlis agama dan zakat sebagainya kerana dia tidak termasuk dalam kumpulan wang disatukan. Yang ni di antara konflik, saya rasa perlu diberi penjelasan,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 3/7/2024

- Advertisement -