Dia cabar, dia batal, dia buat dakwaan itu ini

- Advertisement -

NIBONG TEBAL: Pengarah Strategi PKR, Akmal Nasrullah Mohd Nasir bersikap berdolak-dalih apabila membatalkan perlawanan bola sepak persahabatan antara pasukan beliau dan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

- Advertisement -

Akmal sebelum ini menghantar surat melalui Biro Strategi PKR mempelawa pasukan bola sepak Menteri Besar tersebut untuk berentap dengan pasukan pilihannya, namun dua hari menjelang perlawanan, beliau berubah fikiran.

Sedangkan surat persetujuan telah diutuskan oleh Sanusi pada Khamis lalu, malah poster perlawanan dan lain-lain berkaitan telah dibuat serta disebarkan oleh pihak PERIKATAN NASIONAL (PN) sebagai tanda menerima pelawaan pemimpin Pakatan Harapan (PH) itu.

Pengarah Strategi PKR itu mendakwa kononnya syarat yang dikemukakan Sanusi disaat akhir iaitu mencadangkan pemain dari kalangan ADUN, Ahli Parlimen dan Senator dianggapnya sebagai menolak pelawaan tersebut.

Sedangkan pihak Akmal awal-awal lagi telah menyenaraikan barisan pemain pasukannya terdiri daripada pemain bola sepak profesional semasa yang hebat termasuk pernah mewakili negara.

Tetapi Akmal mengubah pelawaan dan cabaran beliau sendiri apabila melalui kenyataan dimuatnaik di media sosialnya memaklumkan perlawanan yang dijadualkan pada 30 Jun, jam 5.00 petang di Padang Awam, Taman Pekatra.

Perlawanan terkini akan berlangsung itu hanya antara pasukan pilihan calon PH Pilihan Raya Kecil (PRK) N.20 DUN Sungai Bakap, Dr Joohari Ariffin dengan anak-anak muda DUN Sungai Bakap yang akan dipilih pada hari perlawanan.

Lebih mengecewakan, Akmal membatalkan cabaran dan pelawaan dibuatnya sendiri dengan bertindak mengeluarkan dakwaan-dakwaan menuduh serta meremehkan pihak Sanusi yang telahpun bersetuju dengan perlawanan persahabatan itu.

Perbuatan tersebut telah mengundang ketidakpuashati dan menimbulkan kemarahan ramai yang ingin melihat ‘pertembungan’ kedua pihak di luar medan politik, iaitu padang sukan, namun tidak menjadi kenyataan akibat dolak-dalih Akmal itu.

Ada dalam kalangan netizen menganggap pihak pencabar sendiri mungkin ‘takut’ kepada batang tubuh Sanusi itu sendiri yang digeruni, sedang Akmal dilihat berani dari jauh, tetapi bila berhadapan mungkin ‘kelu lidah’ untuk berbicara.

Tidak kurang juga membuat andaian, kemungkinan ADUN, Ahli Parlimen atau Pak-Pak Menteri PH ramai tidak pandai bermain bola, maka syarat Menteri Besar Kedah itu mungkin agak ‘menakutkan’ dan lebih selamat ia tidak dipersetujui.

Sungguhpun begitu, walau apapun keadaannya, Sanusi bersama pasukannya akan tetap hadir pada masa, waktu dan tempat perlawanan yang ditetapkan, hari ini. – HARAKAHDAILY 30/6/2024

- Advertisement -