
KANGAR: Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli menyuarakan kebimbangan bahawa tanah sawah di negeri berisiko menjadi tanah rang iaitu terbiar jika harga diesel dan petrol terus meningkat.
Katanya, kerajaan perlu memberi perhatian terhadap bekalan makanan negara, terutamanya dalam mempertimbangkan subsidi bagi barang-barang pertanian untuk merendahkan kos pengeluaran.
Beliau menggariskan bahawa kenaikan harga itu boleh menyebabkan kos pengeluaran padi dan hasil pertanian lain meningkat, sekali gus menghalang generasi muda daripada terlibat dalam aktiviti pertanian.
Beliau juga menyentuh kemungkinan untuk menggalakkan penggunaan teknologi moden seperti penggunaan dron dan mesin pertanian dalam usaha menarik minat anak muda menceburi bidang pertanian.
Walaubagaimanapun, beliau menekankan bahawa kos yang meningkat mungkin menghalang mereka daripada melibatkan diri dalam sektor tersebut.
Untuk mengatasi isu demikian ujarnya, kerajaan perlu mengkaji semula dasar-dasar yang berkaitan dengan subsidi dan penggunaan teknologi dalam pertanian bagi memastikan kelestarian industri pertanian negara.
Untuk rekod, hasil pengeluaran padi di negeri ini adalah sebanyak 154,975,325 tan metrik semusim iaitu menyumbang kira-kira 11 peratus kepada pengeluaran beras negara pada tahun lepas. – HARAKAHDAILY 27/6/24











