Tangani kes penipuan kewangan dalam talian

Mohd Hasnizan Harun
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 107,716 kes penipuan dalam talian yang melibatkan kerugian keseluruhan sebanyak RM3.2 bilion dilaporkan pada 2020 hingga 2023.

- Advertisement -

Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) meminta Kerajaan menyatakan apakah pendekatan bagi menangani kes penipuan kewangan perbankan dalam talian.

“Sejauh manakah gangguan perkhidmatan atas talian ini memberi kesan kepada keselamatan wang simpanan dalam negara dan juga luar negara?

“Selain itu, apakah tindakan kerajaan yang diambil sekiranya ada unsur kecuaian dari perbankan?” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, berkata beliau tidak dapat memberikan maklumat tentang penggubalan akta tersebut pada masa sekarang tetapi memang ia masih dalam proses di peringkat penggubalan.

“Berkenaan dengan penggubalan akta untuk maklumat yang berkaitan dalam menangani penipuan kewangan sudah di peringkat penggubalan dan usaha ini merangkumi pelbagai agensi dan kementerian,” katanya. – HARAKAHDAILY 26/6/2024

- Advertisement -