Banyak cabaran guru untuk lahirkan insan soleh

- Advertisement -

KINABATANGAN: Yang Dipertua PAS Kawasan Kinabatangan, Abdul Aziz Baitul Makmur berkata banyak cabaran yang perlu ditempuh oleh guru-guru untuk memastikan murid-murid dapat dibentuk menjadi insan yang soleh dan rabbani.

- Advertisement -

Sehubungan itu, ujarnya Majlis Sambutan Hari Guru anjuran PAS kawasan yang diadakan kelmarin merupakan tanda penghargaan kepada guru-guru atas segala ilmu dan keringat yang dicurahkan dalam mendidik anak-anak pada era digital ini.

Sambutan hari guru yang bertemakan ‘Guru Murabbi Membina Generasi Rabbani’ itu telah menggabungkan tiga institusi pendidikan iaitu Taska Tunas Insan (TASTI), Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Kota Kinabatangan.

Abdul Aziz juga mengingatkan semua guru supaya hendaklah sentiasa mengikuti usrah dan liqa yang diadakan oleh PAS Kawasan.

Ini, ujarnya untuk pengisian rohani guru-guru agar sentiasa terjaga dan istiqamah dalam mendidik.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS kawasan merangkap Pengerusi PASTI Kinabatangan, Jumaidin Lakalla menzahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua guru atas dedikasi yang diberikan.

“Hanya Allah sahajalah yang mampu membalas jasa guru-guru, semoga diberikan ganjaran syurga,”  ujarnya. – HARAKAHDAILY 23/6/2024

- Advertisement -