‘Selamatkan Malaysia, jangan ranapkan negara’

Datuk Razali Idris
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bahawa memutuskan semua hubungan dengan syarikat milik Israel akan menjejaskan ekonomi Malaysia seolah-olah menggadai kepentingan negara.

- Advertisement -

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris, mengkritik keras kenyataan tersebut dengan mengingatkan bahawa rakyat tidak bodoh.

“Jangan ingat rakyat bodoh. Menggadai kepentingan negara, memberi ruang kepada syarikat yang pro-Israel Zionis, semua perkara ini perlu diambil kira,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook.

Razali mendakwa Anwar berputar belit dalam memberi kenyataan dan mempersoalkan sama ada menyokong atau menentang zionis Israel.

Beliau turut mengingatkan kembali insiden ketika Malaysia hampir terjerat dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di bawah pentadbiran terdahulu, dan memuji tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana berjaya menghalangnya.

“Dulu nak IMF sangat, terdesak dan mendesak, mujurlah Tun Dr Mahathir menghalangnya, kalau tidak terhutang tak pasal-pasal dengan pihak berkepentingan pro Israel Zionis. Sekarang sedaya upaya untuk bertindak perkara sama,” katanya.

Beliau juga menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan tersebut, walaupun tidak menunjukkan kesan segera akan memberikan impak negatif kepada Malaysia dalam jangka masa panjang.

“Selamatkan Malaysia, rakyat merayu jangan ranapkan negara,” katanya.

Razali menyeru rakyat untuk bangkit dan menyelamatkan negara daripada pemerintahan yang disifatkan sebagai pelik dan membimbangkan.

“Ayah, Selamatkan Malaysia,” katanya yang juga Exco Kerajaan Terengganu. – HARAKAHDAILY 22/6/2024

- Advertisement -