‘Jika benar, ia amat mengecewakan’

Tan Sri Annuar Musa
- Advertisement -

KOTA BHARU: “Saya harap laporan ini tidak benar. Jika benar, ia amat mengecewakan,” kata Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa, di sebalik tindakannya memutuskan semua hubungan dengan syarikat milik Israel di negara itu, ekonomi Malaysia akan terjejas jika perkara sama dilakukan ke atas semua syarikat berkaitan Israel yang beroperasi di luar negara.

Annuar berkata, tidak mungkin perdana menteri tidak memahami keresahan rakyat yang sebenar.

“Rakyat boleh membezakan hubungan dagang yang biasa dengan tindakan menjual aset strategik negara (dan mempunyai rekod keuntungan yang sangat baik) tapi dijual kepada entiti yang satu dunia tahu terlibat dengan pembiayaan tindakan genocide terhadap rakyat Palestin,” katanya pada catatan di Facebook beliau.

Katanya lagi, kenyataan itu jika benar menunjukkan kepimpinan negara masih dalam sindrom penafian yang kronik.

Tambahnya, ia juga memperagakan inferiority complex secara tidak sedar.

“Saya pohon pimpinan negara dan kerajaan Malaysia memperagakan nilai jati diri yang lebih kental dan berwibawa dan tidak menjadikan negara sebagai bahan tebusan dan tekanan kuasa luar,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 22/6/2024

- Advertisement -