1,500 pek daging diagih kepada penduduk kurang mampu

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 10 ekor lembu dan dua kerbau dikorbankan sempena Majlis Korban Perdana peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh di Surau Kampung Pak Tuyu, semalam.

- Advertisement -

ADUN Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim berkata, sebanyak 1,500 pek bungkusan daging telah berjaya dikumpulkan dan diagihkan melalui seluruh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) kepada penduduk yang kurang berkemampuan.

“Terima kasih diucapkan kepada semua Pengerusi dan AJK JPKK, Ulamak PAS Dun Tepoh, Muslimat PAS Dun Tepoh, Pemuda PAS Dun Tepoh, Ameerah Dun Tepoh, Jabatan Amal, jamaah Surau Kampung Pak Tuyu serta seluruh penduduk sekitar yang hadir membantu memeriahkan majlis ibadah korban,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr. Alias Razak, dan CEO GPQ Sdn Bhd, Noor Suhaimi Ismail dan kakitangannya yang turut memeriahkan majlis ibadah korban.

Terdahulu, majlis ibadah korban juga diadakan di Kampung Sungai Ikan, dengan tiga ekor lembu dikorbankan.

Hishamuddin berkata, pihaknya merakamkan ucapan terima kasih kepada Terengganu Inc, Ladang Rakyat, Syarikat Air Terengganu (SATU), Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) dan GPQ Sdn Bhd yang telah menyumbang lembu korban sempena majlis kali ini.

“Semoga ibadah korban ini diterima Allah SWT dan mendapat keberkatan serta ganjaran yang berlipat ganda,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/6/2024

- Advertisement -