Keahlian baru PAS cecah 5,000 sebulan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Setiap bulan Jawatankuasa PAS Pusat meluluskan keahlian baru parti itu tidak kurang 1,500 malah pernah mencecah sehingga antara 4,000 dan 5,000 orang.

- Advertisement -

Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad berkata ketelusan pimpinan kerajaan negeri dan akar umbi PAS serta komitmen ahli parti membantu rakyat menjadi antara punca parti itu terus menerima keahlian setiap bulan.

Katanya juga, PAS tidak pernah menghiraukan apa yang dilabelkan oleh parti lawan, malah meneruskan kerja kebajikan serta membantu rakyat kesusahan.

“Sebab itu pelbagai tuduhan dilemparkan kepada kita, kita tetap teruskan kerja, moving foward terus kedepan, lihat kejayaan dan pengiktirafan yang ditempa oleh kerajaan Kelantan.

“Kita bangga saya walaupun saya orang Perak saya bangga, kerana kita mampu menundukan dalam keadaan kita diserang mula kita memerintah 1990 sampai hari banyak tindakan diberikan,” katanya pada ceramah isu semasa pasca sidang DUN dan penerangan kefahaman pemantapan perundangan syariah (KONSIS 2024) di Kubang Kerian, malam tadi.

Menurutnya, biarpun diberi pelbagai gelaran diberikan kepada PAS untuk menakut-nakutkan orang Islam dan bukan Islam, namun keadaan itu tidak menjejaskan sokongan rakyat kepada parti itu.

“Penyokong Pakatan Harapan (PH) duk gelarkan kita khawarij, kita senyum aje, dahulu dia pernah gelarkan kita sebagai syiah, khawarij tak makam rakyat tak marah dia buh muktazilah pulak.

“Tak laku muktazilah bubuh murjiah pula, letaklah apa pun gelaran sekalipun setiap bulan kita meluluskan ahli baru kadang-kadang mencecah 4,000 dan 5,000,” katanya.

Turut hadir Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Abdul Rahman Yunus; anggota Exco Kerajaan Negeri, Hilmi Abdullah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Periok, Kamaruzaman Mohamad. – HARAKAHDAILY 7/6/2024

- Advertisement -