Lagi kontena Israel cuba masuk sempadan negara

- Advertisement -

KANGAR: Ketua Pemuda PAS Perlis, Haziq Asyraf Dun, menyatakan kebimbangan mengenai keselamatan negara selepas kejadian kedua melibatkan kontena syarikat perkapalan Israel cuba memasuki Malaysia.

- Advertisement -

“Ini satu perkara yang serius bagi saya kerana ia ternyata telah berlaku kali kedua, selepas berlaku di Johor, kali ini berlaku di Perlis pula. Saya selaku rakyat negeri Perlis berasa ini satu perkara yang tidak wajar dan tidak patut berlaku

“Kita mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Perlis (JKDM) kerana telah berjaya untuk mengarahkan kontena  itu patah balik dengan kadar segera.

“Jadi, kenapakah perkara ini boleh berlaku kali kedua. Ini perlukan penjelasan daripada Kerajaan Pusat kerana ia berkaitan keselamatan kepada negara kita,” soalnya yang juga ADUN Beseri.

Justeru, Haziq menuntut penjelasan bagaimana syarikat perkapalan berpangkalan di Israel dapat memasuki Malaysia, terutamanya ketika negara itu terlibat dalam konflik dengan Palestin.

“Kenapa perkara ini boleh berlaku, ini perlukan penjelasan supaya rakyat tidak risau dan takut dengan ancaman keselamatan kepada negara kita ini,” katanya lagi.

Terdahulu, kontena tertera logo ZIM, syarikat perkapalan berpangkalan di Israel dikesan dan kali ini cuba memasuki negara ini melalui laluan darat di Perlis.
                                                                                                                                           Bagaimanapun lori kontena membawa muatan dagangan ayam sejuk beku yang baharu tiba dari sempadan Malaysia-Thailand itu berjaya dihalang sebelum diarah berpatah balik dengan segera. – HARAKAHDAILY 7/6/2024

- Advertisement -