Isu 3R masih berlegar, Islam terus dihina

Ahmad Fadhli Shaari
- Advertisement -

KOTA BHARU: Biarpun kerajaan bertindak tegas berhubung isu 3R (raja, agama dan kaum) dimainkan, namun masih ada pihak yang tidak bertanggungjawab mempertikaikan sentimen tersebut dalam media sosial.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, terbaru wujud penyokong Pakatan Harapan (PH) yang tidak mematuhi arahan itu, menghina nilai agama Islam.

Beliau turut menggelarkan orang Islam yang masih diulik dengan kemewahan dan pangkat dalam kerajaan perpaduan sebagai ‘hati batu’ kerana sukar menerima realiti politik yang berlaku pada hari ini.

“Sikap kurang ajar penyokong PH yang semakin ketara sejak akhir-akhir ini di zaman pemerintahan Madani. Kalau dengan penghinaan ini pun kita tidak terasa apa-apa, kita memang layak digelar ‘hati batu’,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Pada hantaran tersebut, Ahmad Fadhli merangkap Ketua Penerangan PAS Pusat turut berkongsi sekeping gambar dan pautan seorang pengguna media sosial yang menulis mengenai sentimen 3R.

Penulis itu menyifatkan hadis yang ditulis oleh seorang manusia mendapat perhatian ramai masyarakat berbanding al Quran yang merupakan kitab suci yang diturunkan kepada seorang nabi.

Dalam tulisan itu juga mendakwa orang Islam tidak membaca al Quran dan hadis sebaliknya mengambil ilmu agama daripada ulama ‘separuh masak’ atau lebai malah menyifatkan situasi itu sebagai masalah negara. – HARAKAHDAILY 30/5/2024

- Advertisement -