Jurulatih yakin kemampuan pemain KDN FC musim 2024

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan Darul Naim (KDN) FC akan bertemu dengan Terengganu FC pada perlawanan persahabatan pramusim Liga Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam ini.

- Advertisement -

Ketua jurulatih KDN FC, Park Jaehong berkata, pertemuan itu merupakan aksi terakhir sebelum menentang Sri Pahang FC pada Liga Malaysia 2024.

“Kami akan menurunkan beberapa pemain yang cergas, namun pada masa sama ada yang perlu direhatkan kerana cedera,” katanya di sini.

Menurutnya juga berdasar perlawanan pramusim tersebut pihaknya boleh membuat pemerhatian terhadap kondisi semua pemain yang boleh disenaraikan dalam kesebelasan utama.

Jaehong turut menyifatkan perlawanan malam ini sebagai yang terbaik kerana boleh menilai semua pemain dan melihat keupayaan serta taktikal pasukan sebelum perlawanan sebenar bermula.

“Saya berharap tiada pemain yang cedera selain itu mengelak layangan kad merah,” katanya yang berasal dari Korea Selatan.

Beliau juga meluahkan keyakinan dengan kemampuan semua pemain skuad KDN FC musim ini.

“Kita berharap perlawanan dengan Terengganu FC berjalan lancar seperti yang dirancangkan,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/5/2024

- Advertisement -