PASTI perintis pasca PRK DUN Pelangai

- Advertisement -

BENTONG: PAS komited melaksanakan tanggungjawab terhadap masyarakat melalui penubuhan PASTI di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pasca Pilinraya Raya Kecil (PRK) yang berlangsung tahun lalu.

- Advertisement -

Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabar berkata, penubuhan PASTI akan menjadi nukleus meningkatkan sokongan masyarakat selari dengan impian PAS Teraju Pahang.

Ini, menurutnya pendidikan PASTI mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada ibu bapa.

Beliau berkata demikian ketika mersmikan PASTI al Jannah di Kampung Felda Kemasul, semalam. Pada PRK Pelangai lalu, UDM Kemasul dimenangi PAS.

Tambah beliau, ibu bapa bertanggungjawab menghantar anak ke PASTI kerana pengisian pusat asuhan tersebut berlandaskan prinsip lslam untuk mencapai makrifatullah.

Anak-anak, ujarnya umpama kain putih, maka di tangan ibu bapa akan dicorakkan kemenjadiannya sama ada Nasrani ataupun Yahudi.

Beliau turut menyentuh tentang naratif PAS Teraju Pahang hanya mampu dicapai sekiranya para abnaul harakah wala’ dan patuh kepada arahan pimpinan bermula di peringkat Dun, kawasan hinggalah negeri.

“Kemenangan merupakan impian serta cita-cita, kita perlu bekerja dari sekarang untuk menang berpandukan kriteria-kriteria tertentu,” ujarnya.

Ahli Dewan Negeri Tanjung Lumpur tersebut merakam ucapan tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Bentong dan PAS Cawangan Kemasul atas kejayaan menubuhkan PASTI perintis di DUN Pelangai.

Turut hadir ialah Yang Dipertua PAS Bentong, Khairuddin Abdullah, timbalan dan naibnya, Ustaz Ahmad Junaidi Ishak naib, Kasim Samat, Ketua Pemuda dan Muslimat PAS kawasan, Abdullah Fahmi Abdullah dan Yusma Yusof. – HARAKAHDAILY 5/3/2024

- Advertisement -