Tiada laporan aktiviti Mawla Amin di Kelantan

Mohd Asri Mat Daud
- Advertisement -

KOTA BHARU: Setakat ini Kelantan tiada sebarang maklumat mengenai kegiatan seorang lelaki yang dikenali Mawla Mohamed Amin al-Hassani dalam kalangan pengikutnya yang mengaku bahawa mempunyai jalur keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW.

- Advertisement -

Pengerusi Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd Asri Mat Daud berkata, tiada laporan mengenai kegiatan lelaki terbabit di Kelantan.

“Kita tiada maklumat berkaitan hal tersebut, bagaimanapun kita akan tetap memantau mengenai perkara itu,” katanya ketika ditemui pada Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, hari ini.

Media baru-baru ini melaporkan Mawla Mohamed Amin al-Hassani atau Mawla Amin yang mendakwa warganegara Maghribi pernah bercadang mengadakan ceramah di Kedah pada 4 Oktober 2022, namun tidak diberi kebenaran.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Dato’ Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya belum ada menerima sebarang laporan mengenai kegiatan lelaki terbabit.

Namun, katanya beliau pemantauan dan risikan akan dilakukan.

“Setakat ini di Kelantan tiada laporan dibuat tetapi kita akan buat pemantauan dan siasatan. Malah kita akan bantu kontijen-kontijen lain sekiranya terdapat laporan mengenai perkara ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 4/3/2024

- Advertisement -