Perobohan rumah panjang Kampung Bunga Raya isu besar

Nadzir Helmi
- Advertisement -

SHAH ALAM: Perobohan Rumah Panjang Kampung Bunga Raya adalah isu besar, kata Ketua Penerangan Pemuda PERIKATAN NASIONAL (PN), Nadzir Helmi.

- Advertisement -

Menurut beliau, banyak penipuan yang telah dilakukan oleh syarikat pemaju dan kerajaan negeri terhadap penduduk kampung tersebut yang mana kebanyakannya terdiri daripada golongan miskin.

“Kiri kanan wang penduduk kampung itu sendiri disauk oleh pihak-pihak yang terlibat sedangkan kebanyakan penduduk kampung sendiri pun dalam kalangan orang miskin.

“Ini merupakan satu isu yang sangat besar yang mana saya kira tidak patut pun berlakunya kezaliman sebegini,” ujarnya pada sidang media di kampung itu, hari ini.

Yang turut hadir ialah Sekretariat Pembela Tanah Air (PETA), Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) dan aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gulab Jan Fazal Elad.

Beliau turut membidas tindakan kerajaan negeri kerana membuka isu perkauman apabila setiap kali tidak dapat menjawab isu yang dilontarkan.

Tambahnya, tindakan tersebut termasuklah mengenai isu perobohan Kampung Bunga Raya walhal ia adalah berkaitan penipuan terhadap penduduk.

“Apa pun saya telah berhubung dengan PN peringkat pusat dan negeri dan insya-Allah pertemuan yang segera akan dilakukan.

“Saya akan pastikan isu ini akan disebut dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) nanti dan saya menasihatkan para penduduk kampung ini supaya bersabar yang bijak dalam menghadapi apa pun isu sebegini,” tegasnya. – HARAKAHDAILY 3/3/2024

- Advertisement -