
PADANG TERAP: Mungkin biasa bagi kebanyakan orang tetapi sebenarnya luar biasa bagi seorang pemimpin, lebih-lebih lagi bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Mohd Radzi Mat Amin atau lebih mesra dengan panggilan ‘Pak Su Die’ walaupun sudah lebih daripada lima tahun sebagai ADUN Pedu, namun sikap humble atau merendah diri tidak dapat dipisahkan.
Hari ini, ketika hadir memenuhi jemputan walimatul urus di Kampung Lebai Saman, beliau memilih untuk makan bersila di atas rumput bersama tetamu lain. (Foto atas)
“Apa nak dikata boleh bersila atas rumput macam ni, dijamu pula dengan nasi kerak cicah gulai, minum pula kopi O panas, berselera sungguh,” katanya.
Bagi Pak Su Die, duduk bersila seperti itu sudah menjadi perkara biasa sambil bersembang dan beramah mesra dengan orang kampung.
“Kita pun orang kampung. Duk bersila, makan macam ini, perkara biasa dah,” tambahnya lagi.
Sikap beliau sedemikian membuatkan penduduk kampung merasa selesa dengannya di samping ukhuwah sesama mereka erat terjalin.
Radzi turut mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada tuan rumah (tuan kenduri) kerana mendapat menantu baharu.
“Saya doakan kedua mempelai, diberi kebahagian oleh Allah hingga ke jannah. Terima kasih jemput Pak Su,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 29/2/2024











