
KOTA BHARU: Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PU
Ketua Jabatan Pembangunan Usahawan PUJB, Azizi Noor Fizi Jamion berkata, PUJB merupakan anak syarikat Kerajaan Negeri Johor yang bertanggungjawab menjadi pusat sehenti dan sumber rujukan utama keusahawanan.
Menurutnya, kunjungan itu dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan dan pengurusan dalam bidang pembangunan keusahawanan agar mampu memberi informasi sebagai agensi di Johor.
“PUJB bertanggungjawab dengan bertindak menjadi penyelaras dan pemantau program-program pembangunan keusahawanan di Johor.
“Melalui kunjungan hormat PUJB ke PKINK, satu sesi perbincangan libat urus telah diadakan untuk mengetahui dengan lebih dekat fungsi dan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh PKINK selama ini berkaitan dengan bidang keusahawanan,” katanya.
Turut hadir, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan PKINK, Tuan Muhammad Faizal Tuan Sulaiman dan Pengurus Pembangunan Usahawan Kumpulan PKINK, Ahmad Syarqawey Abdul Ghani.
Pengurus Kanan Perancangan Korporat Kumpulan PKINK, Nik Farzimar Nik Omar dalam pada itu berkata, hasil perbincangan tersebut kedua-dua pihak telah mendapat manfaat cukup besar berkaitan strategi pengurusan dan pengembangan bidang keusahawanan. – HARAKAHDAILY 23/2/2024












