Pelbagai kaum terus beri sokongan kepada PAS, PN

- Advertisement -

KUALA KRAI: Masyarakat pelbagai kaum di Kelantan terus memberi sokongan pada perjuangan PAS dan PERIKATAN NASIONAL (PN) apabila 150 borang keahlian parti telah diserahkan kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan, semalam.

- Advertisement -

Borang telah diserahkan oleh ketua penaja Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Kawasan Kuala Krai, M Jaya dan Kumar Resan secara rasmi sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan-Cawangan DUN Guchil, di sini.

Anggota Jawatankuasa PAS Kawasan Guchil, Hilmi Abdullah berkata, pada PRU15 lalu, pasukan kempen DHPP telah berjaya memecahkan rekod dengan membantu PN memenangkan calon PAS di Peti Undi Pasir Kelang dan juga Peti Undi Ladang Taku.

Katanya,  kemenangan itu besar ertinya memandangkan peti undi terbabit tidak pernah dimenangi PAS sejak merdeka, sebaliknya menang dengan majoriti begitu besar baru-baru ini.

“DHPP Kuala Krai  tidak pernah gagal untuk membuka markas dan pos kempen mereka setiap kali PRU biarpun terpaksa hadapi pelbagai cabaran.

“Pada masa sama mereka  turut turun berkempen di mana-mana pilihan raya,  termasuk  pilihan raya kecil,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 9/2/2024

- Advertisement -