Sekolah medium paling sesuai pupuk perpaduan

- Advertisement -

PADANG BESAR: Dalam usaha memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan pelajar dan guru, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kong Aik, Mata Ayer, bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menganjurkan pelbagai aktiviti bertujuan untuk menyemai rasa hormat terhadap kepelbagaian budaya.

- Advertisement -

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, berkata sekolah merupakan medium yang paling sesuai untuk memupuk semangat perpaduan, terutamanya dalam kalangan pelajar dari latar belakang etnik, agama dan bangsa yang berbeza.

“Melalui aktiviti sebegini, kita dapat lebih mengenali dan menghormati budaya kaum lain, serta membantu menghapuskan persepsi negatif yang mungkin wujud dalam masyarakat hari ini,” katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kong Aik, Mata Ayer, di sini, hari ini.

Beliau difahamkan bahawa terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan pada majlis tersebut, termasuklah pembuatan dan memasak tang yuan, hidangan tradisional Cina yang diperbuat daripada tepung pulut yang dibentuk menjadi bebola.

Turut hadir adalah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Warisan dan Budaya negeri, Wan Badariah Wan Saad. – HARAKAHDAILY 7/2/2024

- Advertisement -