Pengguna diharap terus sokong pemandu teksi

- Advertisement -

KOTA BHARU: Seiring dengan peredaran masa dan perkembangan teknologi, permintaan yang tinggi kepada perkhidmatan teksi ketika dahulu, semakin menurun akibat persaingan dengan syarikat-syarikat kereta sewa dan e-hailing.

- Advertisement -

Ini sekali gus memberi satu cabaran kepada pemandu teksi yang menghadapi kenaikan kos sara hidup.

Justeru, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pemandu kereta sewa dan teksi untuk mendengar luahan hati mereka. (Foto atas)

Katanya, ini kerana perkhidmatan teksi pernah menjadi pengangkutan awam yang penting sebagaimana bas.

Bagi membantu dan menyokong pemandu kereta sewa dan teksi, beliau mengingatkan pengguna di Kubang Kerian terus menggunakan perkhidmatan teksi yang berpusat di Bandar Baru Kubang Keriang.

Timbalan Presiden PAS itu berdoa dengan usaha kerja keras pemandu kereta sewa dan teksi itu akan dibukakan seluas-luasnya rezeki oleh Allah SWT dan diberkati.

Beliau turut menyampaikan sedikit saguhati dan sumbangan sebagai tanda ingatan dan penghargaan kepada mereka yang kuat semangat untuk mencari rezeki yang halal. – HARAKAHDAILY 2/2/2024

- Advertisement -