Air mineral Gunung Raya tinggi kandungan silika

- Advertisement -

ALOR SETAR: Air mineral dari Gunung Raya, Langkawi yang diambil pada kedalaman 130 meter di bawah tanah dikatakan memiliki kandungan silika paling tinggi di Malaysia.

- Advertisement -

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, sumber air mineral semula jadi datang dari bawah tanah sama ada berasal dari mata air, telaga atau lain-lain tanpa tambahan karbon dioksida boleh digunakan sebagai makan dan minum manusia.

Sumber air di Gunung Raya telah diuji di Jerman dan mendapati mengandungi pH 7.85 dan kandungan silika 94mg/1.

Malah Gunung Raya yang dianggarkan berusia 550 juta tahun juga telah diiktiraf sebagai tapak UNESCO Global Geopark pada 2007.

Memetik laporan dari media tempatan, di Malaysia, terdapat pelbagai jenama air mineral terkenal yang dihasilkan namun tidak semua jenama air mineral tempatan mengandungi bahan yang dikenali sebagai silika.

Menurut pensyarah kanan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr. Shaharuddin Mohd Sham, silika adalah bahan semula jadi yang wujud dalam tanah.

Malah jelasnya lagi, silika atau siliko dioksida (SiO2), terbentuk daripada silikon dan oksigen yang terdapat dalam tanah.

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan silika bersama vitamin D dan suplemen kalsium dapat membantu kesihatan tulang.

Sementara air mineral yang mengandungi silika dapat menyediakan bahan yang mudah diserap oleh badan. – HARAKAHDAILY 1/2/2024

- Advertisement -