Adun Guar Sanji aktif hadiri pelbagai majlis

- Advertisement -

ARAU: Menjadi rutin harian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guar Sanji, Ustaz Mohd Ridzuan Hashim menghadiri pelbagai aktiviti di kawasannya.

- Advertisement -

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ustaz Wan hadir menyantuni penduduk sempena taklimat Skim Caruman Keselamatan Pekerjaan Sendiri di pekarangan pusat khidmat di sini, semalam.

“Saya turut serta dalam taklimat Skim Caruman Keselamatan Pekerjaan Sendiri di perkarangan pusat khidmat bersama dengan pegawai bertugas bagi membuka peluang pendaftaran kepada penduduk khususnya di Guar Sanji.

“Semua layak mendaftar dengan skim ini, contohnya jika berlaku kecederaan kepada pencarum maka manfaatnya sangat besar bagi diri dan keluarga pada masa hadapan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam masa yang sama beliau mengambil kesempatan menghadiri Sambutan Hari Kokurikulum Sekolah Rendah Islam Al-Furqan di Jejawi.

Pada sambutan itu pelbagai aktiviti diadakan antaranya pertandingan acara padang, pameran dan yang paling menarik aktiviti kios niaga yang diusahakan oleh murid-murid.

“Ini merupakan pengalaman baru bagi mereka mengenal dunia perniagaan kecil-kecilan,” ujarnya lagi.

Beliau juga turut hadir ke majlis Ziarah Mahabbah Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) ke Madrasah Ad-Diniah Al-Islamiah (MADI) pada sebelah petang. – HARAKAHDAILY 1/2/2024

- Advertisement -