27 pasukan seluruh negara sertai PROTUG 2024

- Advertisement -

KANGAR: Sebanyak 27 pasukan tarik tali dari seluruh negara beradu kekuatan menyertai Perlis Open Tug Of War (PROTUG) Championship 2024 yang berlangsung selama dua hari bermula 27 Januari lalu.

- Advertisement -

Program yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Kangar (MPK) itu menawarkan tiga kategori pertandingan iaitu Terbuka Awam, Pasukan Beruniform dan Tertutup Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan, Wan Zikri Afthar Ishak, berkata, acara itu termasuk dalam sebahagian dari aktviti sempena Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025.

“Kejohanan ini direkodkan sebagai salah satu acara dalam calendar of events bagi Tahun Melawat Perlis 2024-2025,” jelasnya.

Perlawanan berkenaan merupakan anjuran Persatuan Tarik Tali Negeri Perlis dengan kerjasama pihak kerajaan negeri.

Wan Zikri  hadir menyaksikan perlawanan serta menyempurnakan majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah. – HARAKAHDAILY 1/2/2024

- Advertisement -