Solat hajat di atas jambatan Tendong

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri akan menganjurkan program solat hajat di atas Jambatan Sultan Ismail Petra di Tendong berhampiran lokasi sering berlaku kejadian terjatuh ke sungai.

- Advertisement -

Anggota Exco kerajaan negeri Mohd Asri Mat Daud berkata, solat hajat itu akan diadakan pada 5 Februari ini bermula jam 10 pagi dengan diimamkan ulama terkenal Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki Hafizahullah.

Katanya dijangka hadir sama Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud dan pimpinan masyarakat tempatan.

“Solat hajat tersebut sebagai ikhtiar dengan mengambil kira jambatan terbabit sering berlaku kejadian terjatuh daripada jambatan,” katanya di sini.

Terbaharu pada kejadian petang 15 Januari lalu, seorang usahawan kosmetik, Norhisyam Ismail, 43 dikatakan terjatuh ke Sungai Kelantan di Jambatan Tendong.

Jasadnya ditemui seorang pemancing selepas 14 hari hilang dan ditemukan di pesisir pantai di Kuala Besar.

Sebelum ini media melaporkan sebanyak 17 kes terjun jambatan direkodkan di Kelantan dalam tempoh empat tahun bermula 2021.

Pengarah Bomba Negeri Kelantan, Zainal Madasin dilapor berkata, lokasi paling banyak dilaporkan di Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu dan Jambatan Tendong dengan tiga kes. – HARAKAHDAILY 31/1/2024

- Advertisement -