Kias mengorak langkah lahir pengajar profesor penuh

Dr Mohd Ramizu Abdullah
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) terus mengorak langkah bagi melahirkan lebih ramai tenaga pengajar berstatus profesor penuh.

- Advertisement -

Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Penyelidikan Kias, Dr Mohd Ramizu Abdullah berkata, usaha itu diterjemahkan menerusi kerjasama Universitas Islam Riau dari Indonesia.

Beliau berkata hasil usahasama itu dua orang pensyarah universiti dari negara jiran telah menerima status profesor penuh dan mengalakan tenaga pengajar Kias mencontohinya.

“Kita rasa sangat bertuah kerana sebenarnya dia mencari-cari rakan kerjasama di Kelantan ini, berkat kerjasama ini alhamdulillah dua orang pensyarahnya mendapat taraf profesor penuh.

“Kita harap pensyarah daripada Kias berhajat untuk jawatan profesor penuh boleh berkunjung ke sana, bukan berkunjung sahaja tetapi akif terlibat akademik dan kajian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Seminar Antarabangsa Islam di Alam Melayu (Salam) yang diadakan di Dewan Johor, Kias di Nilai Puri di sini pagi tadi.

Majlis tersebut disempurnakan perasmiannya oleh oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat.

Turut hadir Dekan Fakulti Pengajian Islam Kontemporari Kias, Dr. Tuan Mohd Sapuan Tuan Ismail; dan Dekan Fakulti Agama Islam, Universiti Islam Riau, Prof Dr Zulkifli Rasby.

Mohd Ramizu berkata pihaknya kini turut mengadakan perbincangan bagi melaksanakan program pertukaran pelajar antara institusi pendidikan dua negara, Malaysia-Indonesia.

Program terbabit merupakan inisiatif terbaik ke arah memupuk persefahaman kebudayaan antara masyarakat berlainan bangsa dan agama daripada pelbagai negara di dunia ini.

Ia dilihat sebagai satu elemen penting dalam usaha untuk mengantarabangsakan sektor pendidikan di negara ini khususnya institusi pendidikan tinggi di Kelantan.

“Bahkan dalam kerjasama ini yang terjalin sebelum ini pun bukan hanya setakat untuk penganjuran seminar sahaja, tetapi satu kerjasama yang melewati dua aktiviti ini diadakan.

“Yang mungkin pada satu masa nanti kita akan buat program mobiliti pelajar antara Kias dan universiti dari Riau ini, kita akan buat pensyarah dan pelajar antara kita ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/1/2024

- Advertisement -