
KOTA BHARU: Kelantan melancarkan pengajaran sains rabbani dan modul sisipan pengajaran rabbani bagi subjek sains dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) tingkatan satu.
Timbalan Menteri Besar, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, pembangunan modul itu merupakan pertama dilaksanakan bagi menggabungkan subjek itu dan agama Islam secara menyeluruh.
Beliau berkata usaha itu merupakan kesinambungan usaha kerajaan negeri mengubal Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan (DPRK) membabitkan komuniti, pelajar, pendidikan dan rakyat.
“Dalam peperiksaan sebagaimana yang diajar dengan segala apa yang kita panggil skima jawapannya, bagaimana anak-anak kita nantinya nak jawab dengan apa yang diajar.
“Jawapan ini dia ada skima dia, kemudian dia masuk berbagai teori ulamak dan ayat al-Quran akhirnya yang jadi pemeriksan itu tidak faham sepatut dapat 100/100, dia bagi 10/100,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada perasmian Seminar Seminar Pengajaran Sains Rabbani dan Pelancaran Modul Sisipan Pengajaran Rabbani (Sains) di sini hari ini.
Turut hadir Exco Kerajaan Negeri, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat; Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK), Nik Mohd Hasanuddin Nik Hussain dan Ketua Pengubal Modul, Dr Nor HIsham Mat Nawi.
YIK bekerjasama dengan Institut Latihan Darulnaim (ILDAN) merupakan pemain utama dalam mengubal DPRK untuk dilaksanakan 93 buah sekolah, 2,477 guru dan 33,625 pelajar seluruh negeri.
Seminar pengajian pengajaran sains rabbani dilaksanakan mengintegrasikan ilmu akli dan nakli yang mengabungkan wahyu dan akal akan melahirkan individu seimbang secara holistik.
Ia dilahirkan melalui sistem pendidikan rabbani bersepadu yang bukan sahaja memiliki kecerdasan intelek malah akidah yang benar, ibadah yang sahih serta akhlak yang baik. – HARAKAHDAILY 30/1/2024











