
PADANG BESAR: Buat julung kalinya Sekolah Rendah Islam At-Taqwa (SRIAT) menganjurkan Hari Kantin di sekolah itu hari ini.
Sebanyak 12 aktiviti disediakan kepada pengunjung antaranya memanah, menunggang kuda, pemeriksaan gigi dan kesihatan percuma, urutan muka dan bas robotik.
Mudirnya, Ustaz Azamhari Mohamood berkata, sungguhpun pertama kali diadakan ia berjaya menarik ramai pengunjung hadir.
“Alhamdulillah kita dapat lihat ramai pengunjung, bukan sahaja di kalangan pelajar sekolah malah penduduk sekitar pun turut hadir.
“Secara tidak langsung dapat memperkenalkan sekolah kepada orang ramai, di samping membawa keluarga menyertai program ini,” katanya ketika ditemui di sini.
Pengunjung juga berpeluang menikmati menunggang kuda dengan harga berpatutan, hanya RM5 untuk satu pusingan.
Mini zoo pula di sediakan dengan pelbagai haiwan seperti burung kakak tua, kambing, ayam, dan itik.
Antara daya tarikan lain ialah pelbagai makanan dan minuman yang dijual dengan harga yang berpatutan. – HARAKAHDAILY 27/1/2024











