Tidak pernah jumpa PM mohon bantuan bayar gaji

Mohd Shukri Ramli
- Advertisement -

KANGAR: Kerajaan negeri Perlis tidak pernah jumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapat bantuan kewangan untuk membayar gaji kakitangan negeri.

- Advertisement -

Menteri Besar Mohd Shukri Ramli berkata, dakwaan kerajaan negeri jumpa Perdana Menteri bagi tujuan tersebut adalah tidak berasas.

Bagaimanapun kata beliau mempunyai hubungan rapat dengan perdana menteri sejak era reformasi lagi.

“Sejak dari dahulu lagi saya tidak ada masalah dengan perdana menteri, jadi tidak ada isu pun kita nak bangkitkan mengenai beliau,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Pada awal tahun lepas portal rapat dengan Pakatan Harapan (PH) dilapor mendakwa Menteri Besar Perlis antara yang pertama datang jumpa Perdana Menteri bagi memohon RM100 juta untuk bayar gaji penjawat awam.

Mohd Shukri yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis berkata, persepsi pemimpin PH tersebut dibuat bagi memberi gambaran negetif terhadap Perikatan Nasional (PN) ketika menghadapi kempen pilihan raya negeri di enam negeri.

“Masa nak pilihan raya, kita tak pernah jumpa perdana sebab nak cukup duit untuk bayar gaji. Kita tak sampai ke peringkat dulu,” ujarnya.

Ditanya mengenai geran keseimbangan daripada kerajaan Pusat kepada Perlis kata beliau setakat ini dibayar mengikut jadual yang ditetapkan dan tiada penangguhan. – HARAKAHDAILY 25/1/2024

- Advertisement -