
KUALA TERENGGANU: Lapan Pusat Penempatan Sementara (PPS) dibuka di Setiu, Dungun dan Kemaman melibatkan 31 keluarga setakat jam 4 petang, hari ini.
- Advertisement -
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, mangsa banjir kini mencatatkan seramai 96 individu melibatkan tiga daerah.
Di Kemaman, sebanyak dua PPS melibatkan dua keluarga dan tujuh orang individu.
Setakat ini, Dungun mencatatkan bilangan mangsa banjir tertinggi seramai 53 mangsa daripada 13 keluarga yang ditempatkan di empat PPS.
Manakala di Setiu, dua PPS dibuka menempatkan 16 keluarga dan 36 mangsa banjir. – HARAKAHDAILY 24/1/2024











