Buah limau tanda ingatan PAS kepada masyarakat Tionghua

- Advertisement -

KOTA BHARU: Setiap tahun menjelang Tahun Baru Cina, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kubang Kerian turut meraikan sambutan itu bersama masyarakat Tionghua dengan mengagihkan buah limau sebagai tanda ingatan.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata keharmonian hidup berbilang bangsa terserlah di Kelantan.

Menurutnya, masyarakat Cina di Kelantan tidak mengira peringkat usia memang telah terbiasa dan sebati dengan budaya masyarakat Melayu Kelantan.

Katanya, bukan suatu yang pelik bila melihat masyarakat Cina bercakap sesama mereka dalam dialek Melayu Kelantan.

Menurut beliau, satu suasana komuniti harmoni yang dibentuk sangat hebat oleh orang-orang terdahulu.

Katanya, ia sesuai dengan kehendak Allah SWT untuk hamba-Nya saling kenal-mengenal, bermasyarakat dan saling menghormati.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PAS berharap semoga keharmonian masyarakat di Kelantan dapat dikekalkan dan terus dijalin erat. – HARAKAHDAILY 22/1/2024

- Advertisement -